Peta Hafalan
Setiap ayat yang anda tanda akan menyala. Sedikit demi sedikit, satu juzuk penuh bercahaya.
Cukup 10 minit sehari. Tanda ayat al-Quran yang dah hafal, Sejuz susun ulangan supaya kekal dalam ingatan.


Hafal masa Ramadan, lepas raya dah lupa semua.
Dalam solat, asyik baca surah yang sama.
Nak mula, tapi tak tahu dari mana, dan rasa dah terlambat.
Kalau ya, anda tak keseorangan. Lupa itu memang sifat hafalan.
تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْآنَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَلُّتًا مِنَ الْإِبِلِ فِي عُقُلِهَا
"Peliharalah al-Quran ini. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, ia lebih cepat terlepas daripada unta daripada ikatannya."Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sebab tu yang penting bukan hafal banyak, tapi ulang selalu.
Itulah kerja Sejuz.
Sama macam dalam app: tekan untuk tanda, tekan lama untuk baca ayat.
Tekan: tanda hafalTekan lama: baca ayat & dengar qari
Tekan petak ayat yang anda dah hafal.
Simpan dalam SejuzIni demo. Tiada data disimpan.
Dalam app, setiap ayat yang anda tanda terus masuk jadual ulangan.
Walaupun cuma 3 Qul. Itu titik mula anda.
Dengar qari, ulang satu ayat sampai lekat. Lima minit pun jadi.
Anda cuma buka dan baca. Tak perlu fikir nak ulang apa.
Tak perlu sejam. Cukup celah-celah masa yang anda dah ada.

6:15 pagi
5:45 petang
10:30 malamSetiap ayat yang anda tanda akan menyala. Sedikit demi sedikit, satu juzuk penuh bercahaya.
Pilih berapa hari untuk ulang semua hafalan. Sejuz bahagikan ikut muka surat, dan ulangan hari ini dah tersedia bila buka app.
Pilih qari kegemaran. Satu ayat diulang sampai lekat, sambil memandu atau memasak.
Baca dengan suara. Setiap perkataan yang betul bertukar warna.
Boleh tersalah. Bukan pengganti guru dan bukan penilaian muktamad.
Uji hafalan dengan 10 jenis permainan, semuanya dari ayat yang anda hafal. Jawapan betul dapat Nur untuk buka mod baru.
Setiap pencapaian, satu lencana menunggu.





Setiap jawapan betul, lencana dan ulangan yang siap mengisi Pelita anda dengan Nur.
Mata dalam app sahaja, bukan ukuran pahala.
Dan semua ni ikut anda, di mana-mana peranti.
Hafal di phone, ulang di tablet, semak di laptop. Kemajuan anda sentiasa sama.
Tak perlu muat turun dari App Store. Buka app.sejuz.com dan install terus ke skrin utama.
Dah hafal 30 juzuk? Ada sesuatu untuk anda juga.
Kemaskan hafalan dengan murajaah berkumpulan. Hafalan depan dan hafalan belakang berjalan serentak, setiap hari.
Kaedah ini dicadangkan oleh hafiz bersyahadah yang menguji Sejuz.
Dan untuk yang nak bacaan disemak oleh guru, kami sedang bina ini.
Rakam bacaan anda. Ustaz atau ustazah dengar, tandakan bahagian yang perlu dibetulkan, dan hantar nota suara kepada anda.
Terima kasih. Kami akan beritahu bila siap.
Sangat sesuai. Sejuz dibina untuk orang dewasa yang hafal sikit-sikit. Mula dengan surah yang anda dah tahu, contohnya 3 Qul, dan tambah perlahan-lahan.
Boleh. Dengar qari setiap ayat dan ulang seberapa kali perlu. Mod Baca boleh bantu semak bacaan, tetapi ia bukan pengganti guru.
Ikut masa anda. 10 minit dah cukup untuk mula: sedikit ayat baru, dan ulangan yang Sejuz susun untuk hari tu.
Percuma dan tanpa iklan. Anda boleh terus cuba tanpa daftar. Bila sedia, simpan kemajuan dengan emel supaya boleh buka di phone lain.
Teks, terjemahan dan audio qari diambil melalui Quran.com, sumber al-Quran digital yang digunakan secara meluas.
Data hafalan disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh buka. Kami tak jual data dan tiada iklan.
Boleh. Buka app.sejuz.com di phone, kemudian tekan Install app (Android) atau Kongsi, Tambah ke Skrin Utama (iPhone).
Semakan Guru masih dibina. Butiran akan diumumkan bila siap. Ciri yang ada sekarang, termasuk Mod Baca, kekal percuma.
Tips tajwid, tarikh penting Islam dan motivasi untuk penghafal, sikit-sikit setiap hari.
Semoga hafalan anda menjadi contoh kepada anak-anak dan keturunan anda,
untuk turut menghafal al-Quran dan menyimpan kalam Allah dalam hati mereka.